Kehidupan peribadi Rebecca Nur Al-Islam

Beliau khabarnya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.[2]

Pada 14 Januari 2011, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang peguam dan ahli perniagaan Dato’ Norazam bin Dato’ Haji Sulaiman. Pasangan ini telah dikurniakan lapan orang anak, termasuk dua orang anak angkat.[3]